Penyanyi Adibah Noor Meninggal Dunia

June 19, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhumah Adibah Noor Mohd Omar yang meninggal dunia pada 18hb Jun 2022, kerana penyakit kanser ovari tahap 4. Almarhumah yang berusia 52 tahun merupakan graduan bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan, sebelum menjadi artis, beliau pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Menerusi lagu ‘Terlalu Istimewa’ nukilan beliau sendiri bersama Azlan Abu Hassan yang diinspirasikan daripada kisah menyayat hati mangsa rogol dan bunuh, Almarhumah Nurul Huda Abdul Ghani, 10, melayakkan beliau memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-21 pada 2006 untuk kategori balada, vokal terbaik dan lagu terbaik.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhumah yang juga pencinta haiwan. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR