Perjuangan LGBT: Antara Hak Dan Kebebasan: Khairul Anwar Ismail

June 29, 2015
editor-media

Ramai masih terkejut dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang telah membenarkan, atau dalam erti kata lain menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh negeri di Amerika Syarikat. Bagi yang telah mengikuti perkembangan gerakan ini di dunia Barat secara dekat, ia tidaklah begitu mengejutkan. ia sebenarnya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh para aktivis LGBT. Saya telah menulis buku mengenai Agenda Gerakan LGBT ini, setebal 208 halaman, yang baru saja terbit minggu lepas. Antaranya saya menyebutkan mengenai agenda gerakan LGBT seluruh dunia yang berjuang memartabatkan hak LGBT termasuk perkahwinan sejenis melalui institusi-institusi mahkamah. Keputusan Mahkamah Agung Amerika itu akan mengikat perundangan negaranya.

Ia akan menular pula ke negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Agenda mereka didokong kuat oleh Presiden Barack Obama. Di Amerika Obama digelar sebagai Presiden Gay. Di peringkat PBB, ia disokong kuat oleh Setiausaha Agungnya iaitu Ban Ki-Moon. Perjuangan memartabatkan perhubungan sesama jantina dilakukan atas dasar “kebebasan, dan kesamarataan”. ia juga dibuat atas nama “cinta”, “menyebarkan cinta”, dan atas nama “menghapuskan kebencian”. Ia juga dibuat kononnya atas nama memperjuangkan asas “kemuliaan insan”. Ia adalah satu perjuangan yang keliru. perjuangan yang palsu, atas nama cinta.

Generasi manusia yang ada pada hari ini semuanya lahir daripada perhubungan melalui institusi yang mulia iaitu institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Mengangkat hak perkahwinan sejenis akan meruntuhkan institusi yang mulia ini, seterusnya meruntukan institusi keluarga, institusi masyarakat dan negara, seterusnya meruntuhkan peradaban manusia keseluruhannya. Jadi, apakah perjuangan ini adalah untuk mengangkat kemuliaan insan? sedangkat hakikatnya ia adalah perjuangan yang bakal meruntuhkan peradaban insan. Perkembangan di Amerika benar-benar menyesakkan jiwa.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-sama kita berdoa agar diri kita dan seluruh rakyat negara ini dihindari daripada kemurkaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. (Penulis adalah Exco Undang-Undang, ABIM serta merupakan wakil Malaysia ke Universal Periodic Review (UPR) di Geneva pada tahun lalu di mana ABIM menyuarakan bantahan terhadap sebarang usaha “memartabatkan hak golongan LGBT)

Nota: Saudara Khairul Anwar Ismail juga penulis buku Suamiku Gay Isteri Mak Nyah: Membongkar Agenda LGBT terbitan PTS Media. Berikut adalah butiran lanjut mengenai buku tersebut:- 

Bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut bolehlah dapatkan buku ini di dalam web PTS: http://pts.com.my/buku/suami-gay-isteri-mak-nyah/.

Boleh dapatkan juga dari kedai buku MPH, atau dari laman web mereka: http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx…

E-book pula boleh beli dari sini: https://www.e-sentral.com/…/byid/…/suami-gay-isteri-mak-nyah

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR