Permukiman Jawatankuasa Tetap Pentadbiran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Hotel Tamu, KL

March 1, 2022
editor@abim

Permukiman Jawatankuasa Tetap Pentadbiran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Alhamdulillah, pada 25-27 Februari 2022 / 23-25 Rejab 1443H, telah berlangsung Permukiman Jawatankuasa Tetap Pentadbiran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Berlangsung di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, program disertai oleh para pimpinan ABIM Pusat, Ketua-ketua Jabatan Sekretariat ABIM Pusat, Setiausaha ABIM Negeri, Penolong Setiausaha ABIM Negeri serta wakil ABIM dari seluruh negara.

Antara tema dan agenda yang dibincangkan adalah: Pemetaan Dakwah dan Islah: Penumpuan Titik-titik Vital; Sesi Sumbang Saran: Fokus – Cerakinkan Cabaran, Gembeleng Kekuatan; serta Mengagenda Kosmopolitan Islam dalam Nuansa Reformasi Islahiy, Mewaspadai Tribulasi, Menjabarkan Peluang.

Semoga para aktivis ABIM dari seluruh negara terus istiqamah dan teguh pendirian dalam menjalankan khidmat bakti secara professional dan berhikmah. Bersama membina Khayra Ummah, menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #SeparuhAbadABIM

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR