Perpaduan Di Negara Ini Masih Rapuh: Setiausaha Agung ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Perpaduan Di Negara Ini Masih Rapuh: Setiausaha Agung ABIM

14 Julai 2015, Kuala Lumpur:- Setiausaha Agung ABIM, Mluhammad Faisal Abd Aziz menyeru rakyat Malaysia untuk tidak lagi melihat kesilapan atau kesalahan seseorang individu atas kapasiti kaum tetapi atas diri individu tersebut sebagai seorang manusia. Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama-sama kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) mengenai polemik pergaduhan di Plaza Low Yatt.

“ABIM berpandangan insiden ini jelas membuktikan perpaduan kaum di Malaysia masih rapuh dan hanya bersifat “surface” yang berlegar hanya dalam kalangan pimpinan atasan dan tidak meliputi seluruh rakyat hingga ke tahap “personal relationship” setiap warga,” jelas beliau sambil memberi contoh,’individu yang menyebarkan berita bersifat perkauman di laman facebook mereka sudah tentu tidak mempunyai rakan facebook dari bangsa lain hingga menyebabkan individu tersebut TIDAK RASA MALU, BERSALAH, DAN BERTANGGUNGJAWAB bilamana menyebarkan berita-berita yang bersifat kebencian terhadap bangsa lain.” 

Di penghujung sidang media tersebut beliau telah berkongsi sebuah analogi yang menarik seperti berikut; sekiranya individu Melayu tersebut membeli “hand phone” bersama rakan beliau dari bangsa Cina dan individu Cina yang menjual “handphone” tersebut menjalankan perniagaan bersama rakan Melayu sudah tentu isu salah faham ini tidak merebak hingga menjadi insiden perkauman.