
Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (HELWA ABIM) mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada seluruh wanita di Malaysia. Hari Wanita Antarabangsa bukan sekadar sambutan tahunan tetapi seharusnya didokong oleh kesedaran bahawa wanita mempunyai autonomi terhadap dirinya sendiri, mengiktiraf sumbangan wanita sebagai ibu, suri rumah, guru, pembuat dasar, pemimpin dan pelbagai lagi peranan penting dalam pembangunan, serta kepentingan mengangkat potensi besar wanita dalam pelbagai segmen sama ada keluarga, masyarakat dan negara.
Tema ‘Wanita Aspirasi Membina Legasi bagi sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini jelas menonjolkan citra penting seorang wanita yang beraspirasi atau bersungguh dalam menjalankan tanggungjawab, yang pasti akan membuahkan impak yang signifikan dan berpanjangan. Wanita harus sedar bahawa mereka adalah pahlawan kasih sayang yang punya hak, kuasa dan tanggungjawab membangun generasi madani yang tinggi akal budi.
Wanita yang merangkumi separuh daripada populasi masyarakat Malaysia, berterusan didokong dan membina aspirasi, pasti melahirkan kesejahteraan dan kemajuan buat bangsa dan negara. Oleh itu, wanita bersama lelaki mesti terus bersama bergandingan dalam membangun diri dan generasi masa depan yang teguh dan kalis masa depan.
Selamat Hari Wanita 2025!
Bersama kita membina dan memimpin generasi khayra ummah.
8 Mac 2025
SELAMAT HARI WANITA ANTARABANGSA 2025
Daripada:
Seluruh warga HELWA ABIM Pusat dan HELWA ABIM Negeri
Seluruh tenaga kerja Rumah Perlindungan Bayt al-Rahmah
Seluruh Jawatankuasa Rahmah Support Team (RST)
Sempena Ramadan kali ini jemput sama-sama sejahterakan Malaysia dengan dakwah dengan menyumbang di Infaq ABIM
