Pimpinan ABIM Hadiri Bengkel Pelan Strategik Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL di Bangi - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pimpinan ABIM Hadiri Bengkel Pelan Strategik Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL di Bangi

PIMPINAN ABIM HADIRI BENGKEL PELAN STRATEGIK INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN SIDDIQ FADZIL UNISEL DI BANGI

Alhamdulillah, pada 15-16hb Jun 2021 (Rabu dan Khamis), telah berlangsung Bengkel Pelan Strategik Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil, Universiti Selangor (UNISEL) di Bangi Resort Hotel.

Terdahulu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil serta Kursi Siddiq Fadzil yang berperanan bagi menjalankan kajian untuk membumikan pemikiran Almarhum Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil dalam agama, sastera, kemasyarakatan dan kepimpinan telah dilancarkan pada hari 17hb Februari 2022 (Khamis) yang lalu.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor turut mengumumkan untuk menyokong penubuhan Institut tersebut bagi menyempurnakan proses penterjemahan karya cendekiawan berkenaan. Presiden ABIM ketiga juga Murabbi Ummat itu telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang, Selasa, 31hb Ogos 2021.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti