Pimpinan ABIM Pusat Tampil Dalam Persidangan Wanita Global Untuk Palestin, Di Istanbul - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pimpinan ABIM Pusat Tampil Dalam Persidangan Wanita Global Untuk Palestin, Di Istanbul

PIMPINAN ABIM PUSAT TAMPIL DALAM PERSIDANGAN WANITA GLOBAL UNTUK PALESTIN, DI ISTANBUL

Alhamdulillah, Sdri. Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim, Ketua Biro Ikhtisas ABIM Pusat telah mewakili Malaysia ke Istanbul, Turki untuk menghadiri Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin.

Berlangsung pada 26-29hb Mei 2022, di Kaya Hotel, Istanbul, turut diumumkan sumbangan RM100,000 yang akan disampaikan melalui Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin cawangan Malaysia (MWCQP) untuk bantuan keluarga di Palestin.

Disertai oleh 44 buah negara, Sdri. Fadhilah turut berkongsi cadangan dan lontaran idea untuk wanita muda seluruh dunia bagi menggunakan teknologi sebaiknya sebagai alat untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis.

#MyAqsaDefenders#PeduliPalestin#SaveAlQuds

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti