Pimpinan ABIM Sertai Seminar Antarabangsa Imam Syafie Di Kuching

June 3, 2023
Admin Abim

PIMPINAN ABIM SERTAI SEMINAR ANTARABANGSA IMAM SYAFIE DI KUCHING

17-18hb Mei 2023 (Rabu-Khamis): Alhamdulillah, para aktivis ABIM Pusat dan ABIM Sarawak telah hadir ke Seminar Antarabangsa Imam Syafie anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang selain perkongsian yang disampaikan oleh pakar mazhab daripada Jordan, Yaman, Brunei, dan Indonesia.

Majlis Perasmian pembukaan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dekan, Akademi Pengajian Islam, Profesor Dr. Mohd Fauzi bin Hamat diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan pada penutup seminar.

Seminar ini turut dihadiri dengan dif-dif kehormat seperti YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang turut menyampaikan ucapan aluan pada pembukaan seminar, Timb. Menteri, Sebahagian Mufti Negeri dan Ketua-Ketua Agensi.

Seminar ini secara umumnya mendedahkan keutaman Imam al-Syafi’i, kedudukan dan perkembangan mazhab al-Syafi’i serta pengaruh dan kesannya di Malaysia. Ia amat memberi manfaat dan input penting kepada penyelidik dan masyarakat awam.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Sertai ABIM, klik ‘Daftar Sekarang’ di sini: https://app.myabim.my/login

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR