PIMPINAN WAP RAIKAN ROMBONGAN PONPES HAMKA DI ANJUNG RAHMAT

June 16, 2022
editor@abim

PIMPINAN WAP RAIKAN ROMBONGAN PONPES HAMKA DI ANJUNG RAHMAT

8hb Jun 2022 (Rabu): Dalam menjayakan agenda dakwah di dunia Melayu, Almarhum Ustaz Dr. Siddiq Fadzil sering memberi pesan akan kepentingan kita menelaah khazanah-khazanah Islam di alam Melayu.

Sebab itu selain pemikiran Bapak Mohammad Natsir dan Syed Naquib (Islam Dalam Sejarah & Kebudayaan Melayu), Buya Hamka sendiri amat sinonim dengan ABIM. Malah bagi ABIM, Hamka dianggap sebagai tokoh yang menjuarai pemikiran kosmopolitan-Islah di alam Melayu.

Sempena memasuki 22 Tahun kerjasama erat ABIM dan Pusat Pendidikan Pondok Pesantren Buya Hamka, keluarga besar WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) menerima kunjungan Bapak Zainol Arifin dan rombongan Ponpes Hamka untuk perbincangan strategik bagi melangsung dan mengeratkan lagi kerjasama. Semoga berjaya, insya Allah.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR