PKPIM Lancar “Senyum Ramadhan”
PKPIM telah melancarkan pakej Programnya sepanjang Ramadhan 1435H dikenali sebagai “SENYUM RAMADHAN”. Menurut Timbalan Presiden PKPIM, Saudara Fazril, program tersebut adalah pakej yang akan digerakkan oleh ahlinya diseluruh negara bertemakan: Senyuman Ramadhan “Ramadhan menjelma & tersenyum berseri, beruntung hamba tika sedia diri”
[Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H]
Ayuh bersama meriahkan kegiatan-kegiatan khas sempena Ramadhan bersama PKPIM!
Antara kegiatan & aktiviti :
- Kursus Pembangunan Pemimpin Muda Bitara
- Majlis Ifthar Mahabbah (MIFTAH)
- Forum Perdana Nuzul Al-Qur’an
- Ifthar Jama’iy Keluarga Besar Jamaah W-A-P & Agensi
- Tazkirah Ramadhan Perdana Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
- Konvensyen Tarbiyyah WADAH-ABIM-PKPIM *Kempen Seorang Sekampit Beras
- Usrah