Polemik Kepala Lembu: Kenyataan Menteri KDN Dikesali; Boleh Jejas Imej Islam - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Polemik Kepala Lembu: Kenyataan Menteri KDN Dikesali; Boleh Jejas Imej Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respon yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang. Perbuatan itu dengan jelas adalah satu penghinaan terhadap agama Hindu.

Respon yang diberikan oleh beliau tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan. Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An’am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

Surah Al-An'am; Ayat : 108
Surah Al-An’am; Ayat : 108

 

Respon yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin ‘negara Islam’ yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran. Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

AMIDI ABD MANAN,

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 

 

Dilaporkan di:

Malaysiakini.com: ABIM kesal kenyataan Zahid Hamidi

MalaysiaInsider: ABIM Bidas Kenyataan Zahid Hamidi Tidak Gambarkan Ajaran Islam