Presiden ABIM Adakan Pertemuan Bersama Duta-Duta Dari Kesatuan Eropah (EU)

March 30, 2022
editor@abim

PRESIDEN ABIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA DUTA-DUTA DARI KESATUAN EROPAH (EU)

17hb Mac 2022: Alhamdulillah, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) serta Sdra. Adli Zakuan Zairakithnaini (Naib Presiden) sekali lagi telah mengadakan pertemuan bersama Duta-duta serta Delegasi daripada Kesatuan Eropah (EU) berkenaan agenda Kosmopolitan Islam dan beberapa isu lain yang utama – landskap politik-sosial Malaysia, krisis perubahan iklim serta konflik ketenteraan.

Ini merupakan usaha memperkukuhkan hubungan dua hala secara berterusan antara ABIM dengan Duta-duta serta Delegasi daripada Kesatuan Eropah. Sdra. Faisal menekankan berkenaan kepentingan menjadi konsisten dalam memperjuangkan isu kemanusiaan. Hal ini termasuklah pendirian konsisten ABIM untuk mempertahankan hak asasi masyarakat Palestin, Kashmir, Syria dan Uighur sebagaimana kita mempertahankan hak rakyat Ukraine yang dizalimi.

Penghargaan diucapkan kepada TYT Sami Leino (Duta Finland); TYT Morten Paulsen (Duta Norway); TYT Dr Joachim Bergström (Duta Sweden Ambassador); Puan Virpi Kukkasniemi-Leino (Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia); dan Encik Eero Väisänen (Kedutaan Finland).


Ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM:

A. JomPay: Biller Code: 80556

Ref 1: Infaqramadan

Ref 2: No. Telefon

B. Atas Talian: https://www.billplz.com/infaqabim

C. Pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA,

Bank Islam: 14-023-01-003252-7

Maybank: 5642 2161 0116

D. Sumbangan juga boleh dilakukan melalui OnPay: https://infaqabim.onpay.my/order/form/infaqramadan

PERTANYAAN LANJUT: +60126211545 (Pn. Badriah) / kewangan@abim.org.my


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR