10 Oktober 2015, Kuala Terengganu:- Bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Terengganu, Presiden, Mohamad Raimi Ab Rahim, sempat berusrah bersama dengan para pendakwah muda Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR). Usrah ini dijalankan secara santai berhampiran Masjid Kristal, Terengganu. Sepanjang usrah tersebut, saudara Raimi berkongsi gagasan “Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah” yang sedang diketengahkan ABIM serta mengaitkannya dengan aplikasi kehidupan seharian seorang pendakwah muda dan pimpinan mahasiswa khususnya. Turut hadir memberi perkongsian, Ahmad Fahmi Shamsuddin, Naib Presiden ABIM.
USRAH KEPITAR BERSAMA PRESIDEN ABIM.Alhamdulillah, selepas sesi Program Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM (MUDA),…
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Saturday, 10 October 2015