



Alhamdulillah, pada 24hb September 2021 (Jumaat), Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) telah mengunjungi Galeri Prima di Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau sempat bertemu secara fizikal dengan pihak Galeri Prima diwakili Puan Norazlinda Aziz (Head of Artcrib) dan Tuan Burhanuddin Bakri (Eksekutif Galeri Prima). Semoga jalinan kerjasama ini berterusan untuk memberdaya rakyat atas semangat #BangsaMalaysia.






Bersempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Galeri Prima mencapai kata sepakat untuk menjalin satu projek Tribute To Malaysia untuk mendanai sebahagian projek Dana Bangsa Malaysia Zak-ABIM. Kerjasama ini amat bermakna untuk meluaskan lagi penglibatan semua golongan membantu mereka yang terkesan akibat Covid-19.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: 0109293356 (Burhan) dan/atau 0135608467 (Sharlene). Pameran tersebut boleh dilihat di sini: https://www.artsteps.com/view/612a4113447562d654eefa15











Terdahulu, Datuk Seri Nazir Razak, pemilik Zak Capital Sdn. Bhd menjadi pengunjung pertama yang melawat Galeri Prima selepas ia dibenarkan untuk dibuka semula kepada orang ramai.







Hulurkan Tangan, Ringankan Beban
Sebagai sebuah Gerakan Ilmu & Bakti, ABIM dan Agensi di seluruh negara berikhtiar sedaya upaya bagi membantu rakyat Malaysia dan Pejuang Barisan Hadapan (Frontliners) yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 serta bencana alam. Bantuan turut dihulurkan menerusi misi kemanusiaan di beberapa buah negara seperti Yaman, Syria dan Palestin bagi membantu saudara kita di sana.
Selain menggerakkan Misi Bantuan Peduli Banjir di Yan, Kedah, ABIM menjalinkan kerjasama dengan Galeri Prima (GP) dan ZAK Capital dalam ‘Kempen Seorang Sekampit Beras #KSSB – Dana Bangsa Malaysia’. Inisiatif ini digerakkan menerusi pameran karya seni secara amal dalam menyalurkan dana kepada Tabung KSSB (Bantuan Bahan Makanan & Keperluan Asas), seterusnya membantu mereka yang memerlukan. Bantuan dalam bentuk one-off ini mensasarkan solusi jangka pendek untuk rakyat yang terputus bekalan makanan akibat dibuang pekerjaan atau hilang pendapatan.
Terdahulu, ABIM bersama ZAK Capital dan ADAB Youth Garage (AYG) turut melancarkan Skim Pinjaman Tanpa Faedah (Untuk Perniagaan Kredit) bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan kesulitan untuk meneruskan perniagaan.
Demikianlah, jangan sampai ada yang tidur dalam kelaparan. Jangan sampai ada yang telah berputus harap. Rakyat terus setia menjaga rakyat. Ini tekad kita bersama selaku Bangsa Malaysia. Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong.
“Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”
Salurkan sumbangan seikhlas hati anda di sini:
Bank Islam: 14-023-01-003-055-2
Rujukan: #kssbABIM2021
Atau klik :
https://www.billplz.com/kssb-abim
Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.
#ABIMdiHatiku #YaAllahSelamatkanMalaysia #BangsaMalaysia #BantuMembantu
