


































PRESIDEN ABIM SERTAI KARNIVAL LIFESAVERS DI MASJID JAMEK KG BARU
24hb September 2022: Alhamdulillah, ABIM telah berkerjasama dengan Hospital Pakar al-Islam dan beberapa agensi yang lain dalam menganjurkan Karnival Lifesavers di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sdra. Muhammad Faisal Abd. Aziz, Presiden ABIM turut berperanserta dalam sesi latihan yang dianjurkan dalam program ini. Karnival ini disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat sekitar dengan anggaran 700 orang peserta. Orang ramai yang hadir diberi peluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mendapatkan pelbagai info di ruang pameran atau khidmat dengan usaha sama Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal.
Selain itu, pertandingan melukis bertemakan Hari Malaysia tajaan Bank Islam juga diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.













Kejayaan program ini juga adalah hasil kerjasama dengan beberapa pihak seperti Masjid Jamek Kampung Baru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd, Federation of Islamic Medical Associations (FIMA), International Home Care Nursing Sdn. Bhd. (IHCN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Tabung Amanah Pesakit Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).
Tidak lupa juga para penaja yang menyokong program ini iaitu Southern Crescent Sdn. Bhd, Arah Tenang Sdn. Bhd, Bank Islam, Bergamot Sdn. Bhd., Excellent Medical Trading, EY Trading dan Izz Ho Enterprise.
Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran yang berguna kepada para peserta untuk menghadapi situasi yang tidak diingini. Terima kasih kepada yang menyertai dan terlibat dengan pembelajaran CPR. Terima kasih juga kepada para penaja yang menaja program ini. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan, insya Allah.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
