PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM FORUM PERKUKUH KESEPADUAN SOSIAL, DI UNIVERSITI MALAYA

October 9, 2022
editor@abim

PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM FORUM PERKUKUH KESEPADUAN SOSIAL, DI UNIVERSITI MALAYA

21hb September 2022 (Rabu): Alhamdulillah, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri telah menganjurkan forum bertajuk ‘Persefahaman Antara Agama Perkukuh Kesepaduan Sosial’ di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya.

Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz tampil sebagai salah-seorang panelis di mana Sdra. Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin (Naib Presiden ABIM) tampil sebagai moderator program.

Forum yang akan diadakan bersempena Bulan Kebangsaan ini menampilkan pemimpin-pemimpin daripada pelbagai persatuan dan gabungan keagamaan untuk membincangkan aspek-aspek persamaan dalam pelbagai agama dan budaya yang dapat memperkasa kesepaduan sosial, sekaligus menjadi benteng untuk mencegah fahaman ekstremisme ganas di Malaysia.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR