Presiden ABIM Tampil Dalam Program Hari Solidariti Kashmir di Ampang - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Presiden ABIM Tampil Dalam Program Hari Solidariti Kashmir di Ampang

Presiden ABIM Tampil Dalam Program Hari Solidariti Kashmir di Ampang

6hb Februari 2022: Alhamdulillah, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia telah mengadakan seminar bagi memperingati Hari Solidariti Kashmir yang masih berkrisis sehingga kini. Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz turut hadir dalam program yang bermakna ini.

Program berlangsung di Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengarah Bait Al Amanah, Dr Abdul Razak dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus tampil dalam seminar itu sebagai ahli panel.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch membacakan perutusan daripada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan jenayah kekejaman di Kashmir dihentikan. Semoga pembunuhan, keganasan, pemulauan, penafian hak kaum wanita dan kanak-kanak Muslim di Kashmir akan tamat satu hari nanti.

Pameran foto yang menggambarkan pencabulan hak asasi manusia di Kashmir juga diadakan pada seminar itu di mana peserta terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, Ahli Parlimen, ulama, ahli akademi, pelajar, wakil media dan rakyat Pakistan.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti