Presiden Kelab Wartawan Terengganu meninggal dunia

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Khairul Azlam Mohamad, 51, pada 18hb Julai 2022 lalu.

Almarhum merupakan Penolong Pengarang Harakah, Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan Ketua Biro Harakah Terengganu. Solat jenazah diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Maahad Tahfiz Wan Al Tarbiyyah, Tok Jiring.

Sepanjang kerjaya sebagai seorang wartawan, Almarhum banyak menyertai misi kemanusiaan bersama Yayasan Amal ke luar negara termasuk Myanmar dan Afghanistan.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR