PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON PANTAI TIMUR, DI KUALA TERENGGANU - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON PANTAI TIMUR, DI KUALA TERENGGANU

PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON PANTAI TIMUR, DI KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Belia Mencegah Ekstremisme (P/CVE) 2022 Zon Pantai Timur di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada 6-8hb Oktober 2022 (Khamis-Sabtu). Program melibatkan para peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang ini dianjurkan oleh ABIM Pusat dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negara (JBSN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program ini menumpukan perbincangan bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan belia berkaitan isu ekstremisme ganas dan terorisme melalui pelbagai sumber sama ada daripada segi keselamatan, undang-undang dan penggunaan media sosial.

Tiga domain utama adalah untuk perkukuh sahsiah peribadi belia, sokong belia berani depani cabaran dan perkukuh daya tahan belia depani anasir jahat. Program seperti ini perlu diadakan kerap, kerana ia mampu mengeratkan hubungan, pemahaman serta mengelakkan sikap negatif antara kaum dan agama.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti