PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON UTARA, DI PERAI - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON UTARA, DI PERAI

PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON UTARA, DI PERAI

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Belia Mencegah Ekstremisme (P/CVE) 2022 Zon Utara di Ixora Hotel, Perai, Pulau Pinang pada 23-25hb September 2022 (Jumaat-Ahad). Program melibatkan para peserta dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ini dianjurkan oleh ABIM Pusat dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negara (JBSN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penyertaan seramai 40 orang yang menghimpunkan belia-belia di Utara tanah air ini bertujuan: Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan golongan muda tentang isu ekstremisme ganas dan keganasan melalui pelbagai sumber, sama ada berkaitan keselamatan, undang-undang dan penggunaan media sosial.

Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengalaman tentang gejala ekstremisme ganas, keganasan dan pemulihan dengan bekas tahanan; dan melatih dan memperkasakan belia melalui jangkauan kepada pemacu ekstremisme ganas.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti