Program Berkhatan Bersama Orang Asli

December 7, 2015
editor-media

7 Disember 2015, Semenyih, Kajang:- Alhamdulillah,Biro Kesihatan ABIM (BKA), JAKOA dan MTDC telah bersama sama penduduk masyarakat Orang asli di Kg sg Lalang, Semenyih untuk upacara berkhatan beramai ramai petang tadi bermula jam 4 petang sehingga 10 malam semalam. 30 kanak kanak dan 10 orang dewasa berjaya di khatankan. Walaupun sudah bertahun tahun menjalankan khatan beramai ramai, pengalaman mengkhatankan orang dewasa orang asli agak baru bagi saya. Apatah lagi, berkhatan sampai ke malam.

Program ini tidak akan berjaya tanpa pengurusan beliau. Antara yang menarik ialah tidak semua yang dikhatankan tu adalah Islam. Jadi kami ajar kepentingan menjaga kebersihan diri. Pada awalnya, ramai yang menjerit jerit sewaktu khatan, maklumkan ini pengalaman baru mereka. Anak anak orang asli kecil sahaja tapi kekuatan mereka seperti orang dewasa. Hampir saja meja tempat mereka baring itu patah akibat rontaan. Namun, setelah beberapa orang dikhatankan tanpa rasa sakit, dan rapport antara kami dan mereka semakin baik, masing masing bersemangat dan tak sabar untuk berkhatan.

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR