PROGRAM DERMAGA DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM (SEMI) SUNGAI RAMAL, KAJANG - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

PROGRAM DERMAGA DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM (SEMI) SUNGAI RAMAL, KAJANG

PROGRAM DERMAGA DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM (SEMI) SUNGAI RAMAL, KAJANG

24hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di Sekolah Menengah Islam (SEMI) Sungai Ramal, Kajang.

Dermaga – Diriku Permata Berharga merupakan modul pendidikan seksualiti/kesihatan reproduktif yang dibangunkan oleh ABIM bagi memberikan kefahaman kepada pendidikan seumpamanya khusus kepada remaja (DERMAGA) dan kanak-kanak (TUNAS DERMAGA).

Ia melatih dan mempersiapkan barisan jurulatih (trainer) dengan pengisian-pengisian berkaitan remaja, serta menjadi kumpulan sokongan (support system) masyarakat. Semoga Allah sentiasa memandu, memelihara dan mempermudah urusan anak-anak ini menuju masa hadapan masing-masing kelak.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti