Program Latihan Pemimpin Wanita Muda ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Program Latihan Pemimpin Wanita Muda ABIM

28-29 Mac 2014, Kajang-Gombak:- Bahagian Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) telah menganjurkan program latihan kepimpinan muda Islam. Program ini mengumpulkan barisan kepimpinan muda wanita Islam dari seluruh negara. Antara yang tampil memberi pengisian ialah mantan Ketua Helwa ABIM, Dr Siti Zalikha Mohd Noor, Naib Presiden HELWA, Puan Fadhlina Siddiq, Ketua Biro Latihan ABIM, Puan Nur Azura Komaruddin Sohami, dan Ketua Biro Pembangunan Sosial, Puan Maria. Sesungguhnya setiap kehadiran membawa makna yang tersendiri. Semoga sentiasa terpilih sebagai pembela agamaNya. Dilimpahi hidayah dan dicurahkan semangat yang memancar bersama sinar keikhlasan.