PROGRAM SELAWAT, KOBARKAN RASA CINTA RASUL DI PADANG TERAP, KEDAH - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

PROGRAM SELAWAT, KOBARKAN RASA CINTA RASUL DI PADANG TERAP, KEDAH

PROGRAM SELAWAT, KOBARKAN RASA CINTA RASUL DI PADANG TERAP, KEDAH

26hb Ogos 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Malam Belia Berselawat sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Padang Terap 2022. Kumpulan qasidah Nadil Wasithiyyah dan Maahad Tahfiz Ar-Rahman telah menyampaikan qasidah selawat.

Majlis turut diserikan dengan tausiah disampaikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Muzammil bin Yub (Pegawai Agama Daerah Padang Terap) dan Ustaz Muhammad Ehsan bin Sebri (AJK Persatuan Ulama Kedah).

Program berlangsung di Dataran Putra, Pekan Kuala Nerang (sebelah Stesen Bas Kuala Nerang). Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Bilal Bin Mohd Zain (Yang Dipertua ABIM Padang Terap).

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti