PROGRAM TUNAS DERMAGA BERSAMA ABIM PUSAT & ABIM KLANG

October 6, 2022
editor@abim

PROGRAM TUNAS DERMAGA BERSAMA ABIM PUSAT & ABIM KLANG

29hb September 2022 (Khamis): Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Pusat Pendidikan ABIM Klang (PPAK) kerana menerima tim Akademi DERMAGA untuk berkongsi maklumat tentang pendidikan kesihatan reproduktif versi sekolah rendah.

Permata cilik ini harus didedahkan dengan kemahiran menjaga diri dan mengenal tingkahlaku berisiko daripada pemangsa seksual yang berada di sekeliling mereka. Pengisian ini disampaikan oleh Sdra. Bukhari (Setiausaha ABIM Selangor) dan Sdra. Kamarul Azami (Pekerja Belia Garaj Belia MBSA AYG Kem Rimba). Seramai 57 orang peserta menyertai program kali ini.

Objektif program ini salah satunya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman dalam pendidikan kesihatan reproduktif sosial dan kanak-kanak kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan kanak-kanak dan ibu bapa dalam komuniti agar dapat memberi kesedaran dalam menangani isu sosial khususnya melibatkan isu seksualiti dalam kalangan kanak-kanak.

Semoga dengan pengisian ini dapat memberi manfaat dan pemahaman kepada kanak-kanak mengenai pendidikan kesihatan reproduktif khususnya para pelajar PPAK.

Syabas dan tahniah diucapkan buat Akademi Dermaga, warga PPAK, ABIM Pusat dan ABIM Klang di atas program yang dijalankan.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR