Projek Tanaman Timun ABIM Selangor Tawar Peluang Sumbangan Untuk Darul Ummah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Projek Tanaman Timun ABIM Selangor Tawar Peluang Sumbangan Untuk Darul Ummah

31 Ogos 2016, Sijangkang, Selangor:- Keluarga besar WAP Selangor bergotong-royong membersihkan polyback tanaman timun dan kawasan ladang sempena cuti umum. Projek tanaman timun ini merupakan sebahagian dari usaha rangkaian WAP Selangor untuk mengembangkan ekonomi sosial di samping setiap hasil dari jualan timun ini akan disalurkan untuk membangunkan Kompleks Darul Ummah menerusi jualan timun segar dengan harga yang sangat berpatutan.

Kompleks Darul Ummah merupakan institusi pendidikan menyeluruh yang unik. Ianya menggabungkan secara sepadu pendidikan akademik dan agama. Kesepaduan ilmu ini akan melahirkan insan akademis dan aktivis yang bertaqwa. Pembangunan yang dicadangkan ini adalah kesinambungan kepada sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan merupakan sebuah kompleks pendidikan Islam yang mengandungi pembangunan seperti Ma’ahad Tahfiz Sains , Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah, Rumah Anak-anak Yatim Darul Hannan, Pesantren Warga Tersayang Pondok An-Nur dan Pusat Latihan Dakwah. Jika anda memerlukan jumlah yg banyak boleh berhubung dgn pengurus kami. Kami sedia menerima apa jua sumbangan anda untuk menjadikan mimpi kita jadi kenyataan.