Ramadhan Hijau, Lebaran Lestari. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ramadhan Hijau, Lebaran Lestari.

Sepanjang bulan puasa kita telah berusaha merubah budaya dengan pelbagai amalan hijau. Kini kita menghampiri Hari Raya Puasa. Marilah sama-sama kita meneruskan usaha dan membina budaya lestari sewaktu bergembira berhari raya. Beberapa rangkap pantun pesan dari kami kepada anda semua:

Raikan lebaran,

Tautkan persaudaraan,

Lestarikan kehidupan,

Sayangi persekitaran.

 

Pergi ke masjid sembahyang raya,

Jika jauh berkongsi kereta,

Jika dekat berjalan kaki sahaja,

Juga bila ziarah saudara mara.

 

Saling bermaaf-maafan,

Bersalam bermesraan,

Hentikanlah pembaziran,

Juadah lebih disedekahkan.

 

Berseri wajah dan juga cantik,

Berperibadi dan bersantun kalam,

Kurangkan penggunaan plastik,

Gunakan bahan mesra alam.

 

Enak sungguh aneka hidangan,

Jumlahnya banyak tak terbilang,

Didik tetamu habiskan makanan,

Elak kutleri pakai buang.

 

Natijah puasa meraih taqwa,

Iman dijaga alam terpelihara,

Dari kami GRASS Malaysia,

Khalifah berjasa Alam Sejahtera.

Selamat menyambut lebaran yang lestari!