TERBAHARU BAKAL TERBIT: WASIAT SALAF BUAT ANAK MUDA

March 8, 2022
editor@abim

TERBAHARU BAKAL TERBIT: WASIAT SALAF BUAT ANAK MUDA

Oleh: Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Alḥamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa sebuah lagi judul terbaharu bakal diterbitkan, iaitu karya karangan Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr, berjudul Wasiat Salaf Buat Anak Muda.

Karya ini menghimpunkan 15 wasiat Salafuṣṣāliḥ, yang mana Shaykh telah mensyarahkannya dengan bahasa yang mudah dan ringkas, bertepatan dengan penerimaan anak-anak muda dinihari.

Mesej yang disampaikan di dalam wasiat ini adalah penting dan wajar dimanfaatkan oleh anak muda. Sesungguhnya fitrah anak-anak muda Muslimin kesemuanya amatlah baik berbanding fitrah anak-anak muda yang tidak terdidik dengan agama yang indah ini. Justeru, amat sayanglah sekiranya mereka tidak dihargai dimanfaatkan untuk masa depan mereka yang gemilang.

Proses akhir penerbitan buku ini telah sempurna, dan sedang menunggu masa untuk dicetak.


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan buku-buku terbitan ABIM Press, rujuk di: https://linktr.ee/abimpressmy

Atau hubungi: +6013-3916299 (Wani).

#ABIMpress #ABIMdiHatiku

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR