Remaja Kehilangan Kaki Cuba Bantu Rakan Ditembak di Syria

June 8, 2012
editor

8 Jun 2012 – Sukacita dimaklumkan, ABIM menerusi agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) baru sahaja menyalurkan bantuan fasa pertama kepada pelarian Syria. Menurut ketua delegasi bantuan kemanusiaan siri pertama ABIM-GPM ke sempadan Syria-Turki, Saudara Syahrir Azfar, antara perkara yang menyayat hati ketika berada mengagihkan bantuan ke Syria baru-baru ini ialah ketika mereka menziarahi seorang anak muda berusia 19 tahun yang kehilangan kakinya akibat terkena bom semasa mahu membantu seorang rakannya ditembak ketika menghadiri sebuah perhimpunan aman di negara tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GPM, Shakir Fahmi Fakhrurazi, bantuan yang diagihkan ini merupakan hasil daripada kutipan serta sumbangan yang diterima daripada masyarakat sepanjang kempen Save Syria yang digerakkan semenjak Januari 2012 yang lalu. ” GPM merancang untuk mengagihkan lebih banyak lagi bantuan kepada pelarian-pelarian Syria terutama sekali menjelang Ramadhan akan datang. Oleh itu, segala bantuan serta sumbangan yang ingin boleh disalurkan menerusi akaun GPM: 5642-2161-1602 (Maybank) @ 14023-01-0029224 (Bank Islam),” jelas Shakir Fahmi sambil mewakili penerima-penerima bantuan (pelarian Syria) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo