SAP Sertai Bengkel Latihan Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-BELIA) di UPM

June 29, 2022
editor@abim

SAP SERTAI BENGKEL LATIHAN GENERATIONAL END GAME ANTI ROKOK (GEGAR-BELIA) DI UPM

31hb Mei 2022: Alhamdulillah, bertempat di Dewan Pendeta Zaaba, Universiti Putra Malaysia (UPM), para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) telah menyertai Bengkel Latihan Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-BELIA).

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada wakil badan gabungan MBM, Sukarelawan PEMADAM dan pelajar UPM akan dilibatkan sebagai penceramah dan fasilitator yang akan membantu Urusetia FCTC mempromosi dan menghebahkan inisiatif GEG ke peringkat akar umbi.

Generasi Penamat atau Generational End Game mensasarkan belia yang lahir pada tahun 2005 yang kini berumur 18 tahun sebagai generasi penamat rokok. Inisiatif ini sebagai satu langkah sifar pendedahan mengenai penggunaan tembakau kepada kanak-kanak dan mengurangkan peratusan perokok di Malaysia kepada 5%.

Dapatkan maklumat tentang bantuan berhenti merokok melalui pautan www.jomquit.com

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR