SAP Sertai Bengkel Tadbir Urus Peringkat WP Kuala Lumpur

June 29, 2022
editor@abim

SAP SERTAI BENGKEL TADBIR URUS PERINGKAT WP KUALA LUMPUR

18hb Jun 2022: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat WP Kuala Lumpur anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran adalah menjurus kepada 4 elemen utama iaitu MYKD, Pindaan Perlembagaan, Star Rating dan taklimat dari SPRM. Bengkel ini juga turut melibatkan Badan-Badan Gabungan di bawah Majlis Belia WP dan persatuan-persatuan tunggal di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta disampaikan oleh En. Asmori bin Hj Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur diiringi Pn. Hjh Siti Nazariah binti Hj Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar, Cawangan Pendaftaran, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Bengkel ini dihadiri seramai 54 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh persatuan/NGO.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR