"Saya Akan Dipersoalkan Di Akhirat Kelak..":- Imam Etnik Uyghur - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

“Saya Akan Dipersoalkan Di Akhirat Kelak..”:- Imam Etnik Uyghur

Bersuara Untuk Saudara Seislam “Saya akan dipersoalkan di akhirat kelak, apa yang telah saya perjuangkan untuk saudara seIslam saya” – Abdulsalam Alim

 

ABIM DAN GPM ANGKAT ISU UYGHUR KEPADA MASYARAKAT UMUM.

8hb Januari 2018: Alhamdulillah, telah berjalan sesi temubual eksklusif bersama TV3 mengenai etnik minoriti Uyghur, menampilkan Sdr. Abdul Salam Alim. Sesungguhnya, isu umat ini amat penting untuk diketahui dan dimaklumi kepada seluruh masyarakat dunia.

Barangkali ini peranan kecil kami. Nantikan temubual ini dalam segmen Buletin Utama TV3 dan World News TV9 Global pada hari Sabtu ini.

Jika ingin membantu, kami di ABIM dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia mensasarkan bantuan untuk Uyghur sebanyak RM300,000.00 yang akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan. www.billplz.com/saveuyghur

Terdahulu, pada 7hb Januari 2018 (Isnin), Sdr. Abdul Salam turut membuat pembentangan di Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Gombak. Beliau mengupas topik “The Plight of Uyghur Muslims: The Fact, The Tragedy, The Solution.”