SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA WARIS ALMARHUM MANDUR SHARIF ANJURAN ABIM RANAU

August 26, 2022
editor@abim

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA WARIS AL MARHUM MANDUR SHARIF ANJURAN ABIM RANAU

22hb Julai 2022: Alhamdulillah, ABIM Ranau telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal bersama waris Almarhum Mandur Sharif di Dewan Mini Kinomulok Garden Lohan Ulu. Seramai 50 orang telah menghadiri di kalangan pimpinan ABIM Ranau, Mantan-mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Ranau, YDP USIA Ranau, Tuan Gaddie Kamin, Tuan Junaidi Sahat dan para jemputan.

Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terima kasih di atas perjuangan Almarhum Mandur Sharif di atas jasa beliau menyebarkan agama Islam di Ranau dan impaknya dapat dirasakan sehingga hari ini.

Di dalam majlis ini juga diselitkan dengan pengisian Bicara Santai bertajuk “Kedatangan Islam & Perkembangannya di Negeri Sabah khususnya Daerah Ranau” yang dikupas oleh YBhg Datuk Muhiddin Bin Yusin, mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Terima kasih Datuk, di atas kesudian meluangkan masa bersama dalam majlis ini.

YDP ABIM Ranau juga telah menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada Ibu Uchu Naemah hasil sumbangan hadirin yang hadir dalam majlis tersebut. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama di setiap program yang dilaksanakan oleh ABIM Ranau. Semoga Allah merahmati kalian walau di mana jua berada.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR