SEKITAR PROGRAM TUNAS DERMAGA DI SRI KIBLAH MELAKA

June 29, 2022
editor@abim

SEKITAR PROGRAM TUNAS DERMAGA DI SRI KIBLAH MELAKA

28hb Jun 2022: Alhamdulillah, program pendidikan reproduktif remaja telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Sri Kiblah Melaka anjuran ABIM Pusat dan ABIM Melaka dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Sri Kiblah Melaka untuk manfaat seluruh pelajar 10, 11 dan 12 tahun.

Dalam program ini ditekankan bahawa diri kita adalah hak, tanggungjawab dan sentiasa berada dalam kawalan kita; lazimi 5 Tips BIJAK semasa melayari Internet; guna 3M sebagai tindakan berkesan dan ingat 5 orang yang paling dipercayai.

Akademi DERMAGA justeru memperkenalkan barisan pemudahcara bagi program-program pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR