Sekitar Serahan KSSB Kepada 20 Keluarga Di Sik, Kedah

March 31, 2022
editor@abim

SEKITAR SERAHAN KSSB KEPADA 20 KELUARGA DI SIK, KEDAH

26hb Mac 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz turun ke Daerah Sik, Kedah dalam misi penyerahan Kempen Seorang sekampit Beras (KSSB) kepada hampir 20 buah keluarga. Turut serta dalam misi bantuan ini adalah Pengerusi WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Kedah, Dato’ Paduka Haji Ahmad Kassim serta para pimpinan ABIM Kedah.

Peluncuran KSSB ABIM sempena Sinar Ramadan 1443H kembali lagi menjelang Ramadan, kali ini bermula di bumi Darul Aman. Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat pimpinan dan aktivis ABIM Kedah atas usaha berterusan berbakti memberdaya umat. KSSB merupakan program yang dilgerakkan ABIM bagi membantu menyampaikan set bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan. Terus bersama kami dalam misi ini.

Presiden ABIM dan delegasi ABIM Pusat turut mengunjungi Tapak Kem Rekreasi ABIM di Tasik Beris Sik Kedah. Insya Allah, Kem Rekreasi ini akan dibuka operasinya tidak lama lagi.


Ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM:

A. JomPay: Biller Code: 80556
Ref 1: Infaqramadan
Ref 2: No. Telefon


B. Atas Talian: https://www.billplz.com/infaqabim


C. Pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA,
Bank Islam: 14-023-01-003252-7
Maybank: 5642 2161 0116


D. Sumbangan juga boleh dilakukan melalui OnPay: https://infaqabim.onpay.my/order/form/infaqramadan

PERTANYAAN LANJUT: +60126211545 (Pn. Badriah) / kewangan@abim.org.my


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR