
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Dr Jufitri Joha sebagai Ahli Dewan Negara mulai tahun 2025 sehingga 2028. Beliau telah mengangkat sumpah pagi tadi secara rasmi pada 25 Ogos 2025 setelah dipilih mewakili Negeri Sembilan di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
Beliau seorang yang aktif dalam kegiatan belia di akar umbi serta antarabangsa. Usaha Dr Jufitri Joha telah diiktiraf apabila beliau dipilih sebagai Tokoh Belia Negara serta Tokoh Belia ASEAN pada tahun 2014. Dr Jufitri Joha adalah mantan Naib Presiden ABIM (2011 sehingga 2015) dan (2017-2018). Beliau juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) antara tahun 2018 sehingga 2022.
Semoga dipandu dan dipermudah Allah SAW dalam menjalankan amanah.
