Sempena Piala AFF Suzuki 2016, Peminat Lancar Kempen Ingat Bola! Ingat Rohingya

November 30, 2016
editor-media

24hb November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, telah dijalankan Pelancaran Kempen #IngatBolaIngatRohingya anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Restoran Line Clear Kampung Baru dan Retro Bola Sepak (RBS). Kempen ini adalah inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan belia dan peminat bola sepak berkenaan penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dialami umat Islam Rohingya. Turut dibacakan, kenyataan rasmi Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi dari Tokyo “ABIM GESA KELUARKAN MYANMAR DARI ASEAN” bertarikh hari ini. Mohon sokongan semua viralkan gambar atau posting anda di emdia sosial dengan tulisan #IngatBolaIngatRohingya #Rohingya #SaveRohingya. Inisiatif ini turut disokong oleh Fc Barcelona Fans (MALAYSIA), Real Madrid Fan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS).

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR