Sempurnalah Satu Ceritera: Pintu IMAM Terus Dibuka!

March 7, 2023
Admin Abim

PINTU IMAM TERUS DIBUKA!

Alhamdulillah, suasana meriah sekitar tayangan filem IMAM di pawagam seluruh negara sejak 2hb Mac 2023 (Khamis). Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul IMAM karya Sasterawan Negara, Almarhum Datuk Abdullah Hussain. Penggambaran filem ini dilakukan sekitar Januari 2022 di beberapa buah lokasi seperti Lenggong dan Malim Nawar, Perak serta Kuala Tahan, Jerantut Pahang.

Karya yang mendapat pembiayaan Dana Kandungan Digital (DKD) ini menampilkan Dato’ M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran, Datin Natasha Charmaine, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Sani Sudin serta ramai lagi pelakon hebat.

IMAM merupakan sebuah filem adaptasi novel Sasterawan Negara, Almarhum Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1995. ABIM merupakan rakan strategik utama naskah hebat ini, yang akan ditayangkan di 45 buah pawagam bermula 2hb Mac 2023. Filem wajib tonton 2023!

Bersempena filem IMAM yang ditayangkan di pawagam pada 2hb Mac 2023, pelakon utamanya, Datuk M. Nasir turut menyanyikan lagu runut bunyinya (OST) berjudul Munajat. Munajat juga adalah single terbaharu M Nasir selepas sekian lama sejak album terakhirnya, Sang Pencinta pada 2006. Lagu dan lirik ciptaannya itu pasti dinantikan ramai.

Nilai estetika karya yang dihasilkan penyanyi legenda ini tidak dinafikan cukup mengagumkan. Sentuhannya kerap menampilkan kedalaman mesej yang sangat tinggi nilainya. Demikian juga Munajat yang menurut M Nasir secara umum membawa maksud doa atau rintihan hati.

Beliau menggalas kepercayaan menghasilkan lagu itu dan diterbitkan syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd. Ia bagi menyemarakkan lagi impak Imam karya Mior Hashim Manap yang juga adalah penerbit filem itu.

Bergelar seniman serba boleh, M. Nasir sering mencabar dirinya dalam pelbagai disiplin seni seperti lukisan, pembikinan arca dan lainnya termasuk bidang lakonan. Beliau juga terkenal dengan watak ikonik seperti Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Desa dalam filem Balada dan yang paling diingati ramai, Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang. Kali ini beliau memegang watak seorang imam.

Filem ini mengisahkan kepulangan Imam Haji Mihad (lakonan M. Nasir) ke kampungnya, Kampung Anggerik Desa, selepas lama menghilangkan diri.

Dia kemudian dilantik penduduk kampung untuk menjadi imam baharu menggantikan imam tua, Haji Abdul Rahman. Dia berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid terbabit. Bagaimanapun, usahanya berdepan tentangan daripada penduduk perkampungan itu yang ternyata masih ‘jumud’.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR