Seniman Hamid Gurkha Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

June 19, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah seniman veteran, Almarhum Hamid Gurkha atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman pada Selasa (14hb Jun 2022) lalu.

Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, iaitu pada awal era sejarah moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu di mana Almarhum Pak Hamid menyertai rejimen itu selama tujuh tahun.

Beliau mula aktif dalam bidang seni sekitar penghujung 1970-an dan namanya cukup dikenali menerusi filem-filem popular seperti Aku Yang Berhormat, Ragam Pemandu, Sikit Punya Gila, Panglima Badol, dan Zombi Kampung Pisang.

Almarhum pernah menjuarai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merakamkan album komedi terbitan Life Records bersama Almarhum Datuk Jamali Shadat pada era 1970-an. Pak Hamid pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 kerana kesungguhan beliau dalam bidang seni.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR