SERI ABIM Capai Keputusan Cemerlang Peperiksaan Di Negeri Selangor - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

SERI ABIM Capai Keputusan Cemerlang Peperiksaan Di Negeri Selangor

16 November 2015, Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Alhamdulillah. Tahniah buat seluruh warga pendidik serta pelajar SERI ABIM Sungai Ramal di atas pencapaian sebagai sekolah cemerlang PSRA (Peperiksaan Sijil Rendah Agama) 2015 peringkat Negeri Selangor untuk kategori SRI. Secara keseluruhan, 76 calon SERI ABIM Sungai Ramal telah mendapat keputusan Mumtaz dalam peperiksaan yang seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang mengikuti ko-kurikulum sekolah agama di negeri Selangor.

Berikut adalah analisis keputusan PSRA SERI ABIM Sungai Ramal 2015.  

MUMTAZ : 76 JAYYID JIDDAN : 42 JAYYID : 12 MAQBUL : 7

PERATUS LULUS : 100% Keseluruhan pelajar : 137 orang