SESI 1: PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM DENGAN TEMA “MENGILHAM KEBANGKITAN, MENEROKA MASA DEPAN”

September 21, 2022
editor@abim

SESI 1: PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM DENGAN TEMA “MENGILHAM KEBANGKITAN, MENEROKA MASA DEPAN”

17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi 1 Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam dengan tema “Mengilham Kebangkitan, Meneroka Masa Depan”. Persidangan ini diadakan sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor. Sesi 1 berlangsung dengan cemerlang di mana para pembentang mengupas tajuk “Gerakan Islam dan Optimisme Masa Depan: Mengartikulasi Potensi Wilayah Nusantara untuk Kebangkitan Umat Global”.

Para pembentang terdiri daripada Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar (Malaysia); Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty (Kolej Dar al-Hikmah, Malaysia); Prof Dr. Syed Khairuddin Aljunied (UBD, Brunei); dan Prof Dr. Azyumardi Azra (UIN Syarif Hidayatullah, Indonesia). Prof Syed Khairudin dalam nota rumusannya memaklumkan yang beliau sangat gembira dan berbangga dengan pencapaian generasi baharu ABIM yang telah menerbitkan lebih 200 buah naskah karya-karya Islami – terjemahan turath, karya-karya ulama’ kontemporari dan pelbagai lagi menerusi ABIM Press.

Pun begitu, Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebaik-baik Perancang dan lebih mengetahui setiap apa yang berlaku; pasti ada hikmah dan kebaikannya untuk kita. Prof Azyumardi; tokoh Muslim berpengaruh dari Indonesia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18hb September 2022 di Hospital Sedang.

Almarhum telah tiba di Malaysia pada Jumaat 16hb September bagi mengisi Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sebagai salah seorang panel sempena Muktamar Sanawi ABIM. Beliau bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Serdang. Didoakan ruh Almarhum Prof Azyumardi Azra bersama solihin dan mu’minin dan berterusan mengalir pahala ilmunya selamanya.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti#MuktamarABIM51

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR