Setengah Abad Dewan Dakwah Islamiah (DDI) Dikenang Dengan Penuh Kesyukuran

March 1, 2017
editor-media

26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas (Rapat Kerja Nasional) dengan tema “Mengawal Aqidah, Merekatkan Ukhuwah, Menjaga NKRI” telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Sempena dengan RAKERNAS ini turut dilangsungkan sambutan mengenang 50 tahun penubuhan Dewan Dakwah Islamiah (DDI) yang mana Allahyarham Bapak Muhammad Natsir tampil sebagai pengasasnya.

Menyongsong setengah abad Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDI), Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim dan Timbalan, Ustaz Naim Mohd Noor (Abu Toriq) hadir bersama delegasi ABIM, memperkukuh persaudaraan serantau; yang terjalin sejak awal penubuhan ABIM di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof Madya Dr Siddiq Fadzil, Prof Razali Nawawi dan lain-lain.Satu Memorandum Persefahaman (MOU) turut dimeterai antara ABIM dan DDI.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR