SIDANG 2: MUKTAMAR BELIA ISLAM ABIM DI BACC

September 22, 2022
editor@abim

SIDANG 2: MUKTAMAR BELIA ISLAM ABIM DI BACC

18hb September 2022 (Ahad): Alhamdulillah, telah selesai Sidang 2 Muktamar Belia Islam (MBI) di Ballroom 3, Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Begitulah berakhir perayaan ABIM hampir saban tahun. Pertemuan penuh rindu dan ukhwah yang berpanjangan. Sarat ilmu dalam memaknai tujuan hidup dan mati.

Sekian ramainya kami sehingga tidak bisa menyapa kesemua. Meski lelah, tapi hati penuh berbunga bahagia. Doa agar akan bersua lagi di lain waktu, insya Allah. Semoga setiap apa yang dibincangkan, idea-idea dan ilmu yang diperolehi, dapat dibawa pulang, dimanfaatkan dan dilaksanakan pada peringkat ABIM Pusat, ABIM Negeri dan ABIM Daerah.

Tahniah AJKP ABIM. Tahniah ABIM seluruh negara. Tahniah ABIM cawangan/daerah. Tahniah agensi-agensi ABIM. Masa untuk berkerja!

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR