SIDANG MEJA BULAT: HALA TUJU #HEWIPROGRESIF DI PERAK

October 18, 2022
editor@abim

SIDANG MEJA BULAT: HALA TUJU #HEWIPROGRESIF DI PERAK

8hb Oktober 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, HEWI Perak telah mengadakan Sidang Meja Bulat: Hala Tuju #HEWIProgresif pada bertempat di Sekretariat ABIM Perak.

Sidang Meja Bulat HEWI ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua HEWI Perak, Sdri. Syamila Azizan Abd Aziz kepada 13 orang ahli HEWI yang turut hadir. Seterusnya penyampaian ucaptama alu-aluan daripada Naib Presiden (HEWI) PKPIM.

Sidang Meja Bulat ini bertujuan membincangkan hala tuju, menubuhkan jawatankuasa unit dan perbincangan fokus gerak kerja HEWI Perak. Ketua SALWA Perak dan Ketua HELWA ABIM Perak dijemput bersama untuk memberi semangat, tausiyah bagi memperkukuhkan lagi ikatan dan sinergi bersama.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR