SIDANG MEJA BULAT KHAS “KARAMAH INSANIAH, BANGSA MALAYSIA & KEMANUSIAAN SEJAGAT”

September 20, 2022
editor@abim

SIDANG MEJA BULAT KHAS “KARAMAH INSANIAH, BANGSA MALAYSIA & KEMANUSIAAN SEJAGAT”

16 September 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, bertempat di Bilik Jasmine 3, Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor telah berlangsung Sidang Meja Bulat sempena sambutan Hari Malaysia. Panel Pembicara terdiri daripada Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia); Prof Dato’ Dr Madeline Berma (Akademia & Ahli Akademi Sains Malaysia); Prof Dr. Suresh Kumar Govind (Pengerusi, Yayasan Perpaduan Malaysia); dan Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia).

Meraikan Hari Malaysia dengan pengisian bermakna daripada narasumber jemputan dalam Sidang Meja Bulat Khas bersempena Muktamar Sanawi ke-51 ABIM. Antara perkara pokok penting dalam diskusi ini antara lain mengakui pentarbiyahan ABIM sifatnya lokal dan global. Begitu juga bagaimana menangani ketidakseimbangan etnik, rerurang, kelas mahupun gender menerusi naratif kesaksamaan.

Bak kata Prof Suresh, penting untuk kita semua menghayati semangat Bangsa Malaysia! Perkara yang selalu ditekankan ABIM bahawa pembentukan bangsa Malaysia bukanlah melarutkan identiti bangsa masing-masing tetapi penyatuan atas dasar nilai murni yang didukung bersama untuk memandu negara ke arah yang lebih baik seperti menolak rasuah dan saling bantu membantu.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR