
4 & 5 Julai 2026 – Alhamdulillah, ABIM turut hadir memeriahkan program “Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam” yang menghimpunkan komuniti setempat dalam satu acara yang penuh meriah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuklah penganjuran booth pameran, gerai jualan makanan, khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, gunting rambut dan minyak hitam percuma serta program tahsin al-Fatihah.

Selain pengisian berbentuk kerohanian dan khidmat masyarakat, semangat kesukanan turut disemarakkan melalui penganjuran acara sukaneka, perlawanan bola sepak dan acara ‘fun run’ yang berjaya memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.


“Malam Simfoni Dakwah” pula menampilkan persembahan istimewa daripada barisan artis nasyid tanah air, perkongsian ilmu daripada para asatizah, serta kehadiran penyampai radio IKIM.fm menambah seri majlis.

ABIM berpendapat program ini berjaya menggabungkan elemen dakwah, keilmuan dan sukan secara santai, memenuhi minat segenap umur masyarakat. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran.
