
5 Julai 2026 – Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyeru golongan muda agar sentiasa cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa, khususnya yang melibatkan nasib umat Islam di seluruh dunia. Beliau menekankan kepentingan untuk menghargai keamanan serta keharmonian yang dinikmati di negara ini sebagai satu nikmat yang perlu dipelihara. Selain itu, beliau turut menggalakkan anak muda untuk menjadi daie yang menyatukan masyarakat melalui pendekatan dakwah yang membina, serta menjadi belia yang proaktif dalam memberikan manfaat nyata kepada orang di sekeliling.

Beliau menyampaikan pesanan berikut dalam sesi tausiah Subuh bertempat di Masjid Al-Izzah, Semarak Mengkuang, Pulau Pinang. Pengisian ini telah didahuluj dengan sesi qiamullail dan solat Subuh secara berjemaah bersama para hadirin.

Program diteruskan dengan sesi Kuliah Semarak Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
