
4 Julai 2015, Kuala Krai:- ABIM serta Friendship Group Of Inter Faith Services dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan sumbangan daripada masyarakat buat untuk mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Krai, Kelantan. Selain itu anggota delegasi turut bergotong-royong serta mengecat rumah beberapa orang mangsa banjir di Kampung Keluat.
Terima Kasih semua pihak menjayakan misi bantuan kepada 100 buah keluarga di Kuala Krai yang masih berada di pelbagai lokasi di Kuala Krai seperti Kampung Pahi, Kampung Keluat serta sekitar Manik Urai. Masih ada di kalangan mangsa-mangsa banjir yang masih menetap di rumah transit, kontena dan khemah. Delegasi ABIM, FGIS dan MBM di akhir program sama-sama berbuka puasa dengan mangsa banjir yang menetap di penempatan sementara di Kampung Pahi.
Secara keseluruhannya sumbangan secara tunai telah disampaikan sebanyak RM 14 ribu, manakala sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) telah disalurkan kepada lebih 100 keluarga (hampir 300 orang). Di samping itu, sumbangan 50 periuk nasi telah disampaikan kepada penduduk di kawasan penempatan sementara Kampung Pahi.
[Sinar Ramadhan 1436:- Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Kelantan]5 Julai 2015:- ABIM serta Friendship Group Of Inter Faith Services dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan sumbangan daripada masyarakat buat untuk mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Krai, Kelantan. Selain itu anggota delegasi turut bergotong-royong serta mengecat rumah beberapa orang mangsa banjir.Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Anda Hulurkan! Kami Sampaikan!#sejahterakanmalaysiadengandakwahSejahterakan Malaysia Dengan Dakwah!
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, July 5, 2015
[Sinar Ramadhan Untuk Mangsa Banjir Kuala Krai]4 Julai 2015, Kuala Krai:- ABIM serta Friendship Group Of Inter Faith…
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Tuesday, 7 July 2015
[Sinar Ramadhan Untuk Mangsa Banjir Kuala Krai]4 Julai 2015, Kuala Krai:- ABIM serta Friendship Group Of Inter Faith…
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Tuesday, 7 July 2015
