Street Dakwah Ketengah Kemurnian Amalan Kewangan Islam & Keburukan Riba' - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Street Dakwah Ketengah Kemurnian Amalan Kewangan Islam & Keburukan Riba’

11 Mei 2016, Port Dickson;- ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 berjaya menganjurkan program dakwah jalanan kemurnian amalan kewangan Islam di samping mengetengahkan kesedaran mengenai riba.Inisiatif pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 USIM.

Dakwah Jalanan Mengenai Larangan Riba di Pantai Teluk Kemang Port Dickson sebagai salah satu aktiviti pembelajaran subjek kewangan Islam. Selalu menekankan kepada pelajar untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat. Terima kasih USIM al Naqiy BIMB Affin Islamic ABIMN9 dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Moga diterima sebagai amal soleh.

Program dakwah jalanan ini dimulakan dengan kata alu-aluan oleh PM Dr. Zulkifli Hasan dan juga semua wakil penaja. Kemudian ia diteruskan dengan dakwah secara langsung terhadap pengunjung, flashmob, ceramah jemputan khas oleh daei Fuad, permainan kanak-kanak, sesi soal jawab agama, edaran brosur dan banyak lagi. Program berakhir pada jam 2.30 pm.