SUA ABIM Adakan Pertemuan Bersama Datuk Mohd Khay Di Hotel Tamu, KL

March 16, 2022
editor@abim

SUA ABIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA DATUK MOHD KHAY DI HOTEL TAMU, KL

9hb Mac 2022: Alhamdulillah, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) telah berkesempatan bersua dengan ahli perniagaan Bumiputera berjaya, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Zikay Group) dan Encik Fikri Mohd Khay.

Pertemuan berlangsung di Tamu Hotel & Suites, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Beliau menitipkan pesan-pesan perjuangan buat para belia. Hadir sama, Sdra. Ahmad Farhan Rosli (Presiden PKPIM dan Exco MBM); Sdra. Hasnul Haniff Harun (SUA MBM) dan Syed Naquib alHabshee (Exco MBM).

Antara yang dibincangkan adalah idea-idea asas pembangunan hartanah, dan keusahawanan belia. Pertemuan lanjut dan sembang panjang lagi dengan beliau dalam usrah minggu hadapan, insya Allah.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR